fb fb fb fb fb

Piala Mazda bakal jadi acara tahunan

KUALA LUMPUR, 24 Julai- Kejohanan golf Piala Mazda akan dijadikan acara tahunan selepas menerima sambutan yang amat menggalakkan.

Penganjur, Bermaz Motor Trading Sdn Bhd menerusi Pengarah Eksekutifnya Tan Sri Yeoh Choon San memaklumkan pihaknya berjanji untuk menjadikan kejohanan itu diadakan pada setiap tahun dengan penambahbaikan bagi menjadikannya lebih besar dan menarik.

Bagi edisi tahun ini yang melabuhkan tirainya semalam, juara Kategori Ahli menjadi milik Hamirrul Hamzah (Hcp 10) yang mencatatkan 66 nett, manakala Nahairizaki Haji Mohd Zin (Hcp 17) muncul juara Kategori Jemputan dengan mencatat 63 nett.

Seramai 242 mengambil bahagian pada acara kali ini dengan menwarkan hadiah termasuk jam tangan premium, barangan eksklusif Mazda, baucar rebat bernilai sehingga RM10,000, baucar yuran 'green' percuma dan cabutan bertuah.

"Kami menjemput semua peminat golf, sama ada ahli Glenmarie Golf & Country Club atau tetamu yang dihormati, untuk merebut peluang luar biasa ini untuk mengambil bahagian dalam Trofi Mazda seterusnya," kata Tan Sri Yeoh Choon San.

"Acara ini menyediakan platform untuk menjalin persahabatan baharu, mempamerkan bakat, serta memupuk semangat persaingan dalam kalangan peserta."


(Juara Kategori Ahli, Hamirrul Hamzah menerima trofi daripada Tan Sri Yeoh Choon San)


( Tan Sri Yeoh Choon San)

Media Baharu