fb fb fb fb fb

Bundesliga: Dortmund ikat Sabitzer sehingga 2027

(FOTO AFP)

HAMBURG, 25 Julai -Kelab Borussia Dortmund dilaporkan telah mengikat pemain tengah, Marcel Sabitzer daripada seteru utama, Bayern Munich dengan kontrak selama empat tahun menurut kelab berkenaan.

Pemain antarabangsa Austria berusia 29 tahun itu telah menjalani pemeriksaan perubatan dan menandatangani kontrak sehingga Jun 2027, umum jurucakap kelab tersebut.

Menurut Sabitzer, dia teruja dan tidak sabar untuk bermain bersama-sama Borussia Dortmund.

"Saya tidak sabar bagi menyertai pasukan dan memakai jersi rasmi kelab BVB", kata Sabitzer.

Menurut beberapa sumber, perpindahan tersebut melibatkan nilai sebanyak € 19 juta atau AS$21 juta).

"Perbincangan bersama pengurusan BVB (Borussia Dortmund) berjalan lancar dan menunjukkan perancangan pasukan ini yang bercita-cita besar.

"Saya berhasrat bagi memastikan pasukan (BVB) mencapai segala objektif dan meraikan kejayaan bersama para penyokong", kata Sabitzer.

Sabitzer memulakan karier profesionalnya bersama beberapa kelab di Austria sebelum bakatnya dihidu oleh kelab RB Leipzig yang kemudiannya mengikat pemain itu pada 2014.

Pada 2021, Sabitzer secara rasmi menyertai Bayern Munich sebelum dipinjamkan ke Manchester United musim lalu.-AFP


(Pemain tengah Borussia Dortmund, Marcel Sabitzer/FOTO FB fabrizioromanoherewego)

Media Baharu