fb fb fb fb fb

Piala Malaysia: NSFC optimis beri tentangan sengit

SEREMBAN, 18 Oktober- Menjelang aksi Piala Malaysia yang akan membuka tirai hujung bulan ini, Negeri Sembilan FC (NSFC) optimis berada dalam momentum prestasi terbaik untuk melakar kejayaan dalam saingan musim ini.

Pengendali pasukan, K. Devan yakin dengan prestasi konsisten skuad sepanjang saingan Liga Super, dengan menghuni kedudukan keempat terbaik liga. 

Katanya prestasi baik itu sudah pasti menaikkan semangat pasukan untuk tampil lebih kompetitif.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara NSFC dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA di UiTM Seremban.

NSFC dijadual bertemu Kedah pada 26 Oktober di Stadium Darul Aman, Alor Setar dalam perlawanan pertama Piala Malaysia musim ini.

(Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara NSFC dan Fakulti Sains
Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA)

Media Baharu