fb fb fb fb fb

Piala Malaysia: MFL umum harga tiket kekal sama

Foto FB MFL

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Menjelang saingan akhir Piala Malaysia, 26 April ini.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan harga tiket bagi perlawanan akhir antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Sri Pahang FC dikekalkan, seperti musim lepas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Shazli Shaik Mohd empat kategori tiket itu akan diagihkan sama rata kepada kedua-dua pasukan terlibat.

Empat kategori itu adalah General Admission yang menawarkan tiket serendah RM50 dan RM70 manakala Premium Grandstand RM150 dan VIP Grandstand dijual pada harga RM200.

Maklumat lanjut berhubung pembelian tiket perlawanan akhir akan dimaklumkan oleh pihak JDT dan Sri Pahang FC dalam masa terdekat.

Saingan akhir Piala Malaysia itu dijadual berlangsung 26 April ini.

Sementara itu, Selangor FC perlu meraih tiga mata penuh dalam aksi menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) bagi saingan Liga Super.

Perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), esok.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi turut mengingatkan pemainnya agar kekal fokus menghadapi KDN FC terutama ketika lawan melakukan serangan balas.

Seandainya Selangor FC meraih kemenangan dalam perlawanan esok, maka peluang cerah menanti skuad The Red Giants untuk berada di kedudukan kedua liga.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM