fb fb fb fb fb

Piala Malaysia: Kuching City ceria tempah slot ke suku akhir

(Foto MFL)

KUCHING, 1 November- Di Kuching, tuan rumah Kuching City berjaya menewaskan Penang FC dengan ageregat 4-3 sekaligus mara ke aksi suku akhir Piala Malaysia.

Pertembungan antara Kuching City dan Penang bagaimanapun terpaksa ditentukan pada masa tambahan di Stadium Negeri, menyaksikan jaringan Wan Faiz Wan Sulaiman pada minit ke-118 membawa skuad tuan rumah ke pusingan lapan terakhir.

Selepas aksi di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Rabu lepas terikat 2-2, Lucas Silva berjaya meledak jaringan pertama perlawanan pada minit ke-22 untuk memberi kelebihan kepada skuad Harimau Kumbang.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah bangkit menerusi jaringan sepakan percuma Alif Hassan pada minit ke-62 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan dengan keputusan agregat terikat 3-3, sebelum Wan Faiz muncul wira dengan jaringan minit-minit terakhir itu.


(Foto MFL)


Di Kota Kinabalu, Sabah turut mara ke suku akhir Piala Malaysia menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas UiTM FC.

Beraksi di Stadium Likas, Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang menang aksi pertama dengan keputusan 2-1, berjaya membuka jaringan menerusi sepakan penalti Farhan Roslan pada minit ke-62.

UiTM cuba bangkit menerusi jaringan Farez Aiman Marzuki pada masa kecederaan namun ia sudah terlewat buat skuad mahasiswa untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan dengan keputusan agregat berpihak kepada Sabah.

Media Baharu