fb fb fb fb fb

Piala Malaysia 2022 :Negeri Sembilan mara ke suku akhir

(FOTO HIASAN)

PAROI, 2 November -Negeri Sembilan FC (NCFC) berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia meskipun sekadar seri 0-0 dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada aksi pusingan 16 pasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Kemenangan 2-1 pada aksi pertama di Stadium Darul Aman,22 Oktober lalu memberi kelebihan buat skuad Hobin Jang Hobin untuk melangkahke kelompok lapan terbaik.


Ketua Jurulatih NSFC, K.Devan berpuas hati dengan corak bertahan yang telah ditunjukkan oleh barisan serangan meskipun banyak mensia-siakan peluang yang ada untuk menjaringkan gol.

Tambahnya, perlawanan bertemu Selangor sudah pasti merupakan satu perlawanan yang berbeza dan peluang kedua-dua pasukan untuk layak ke separuh adalah seimbang.

 



(Ketua Jurulatih NSFC, K.Devan)

"Saya rasa satu perlawanan berbeza lawan Selangor diperingkat suku akhir jadi setiap perlawanan tu dari segi atmosfera lain jadi mungkin dengan Selangor mungkin pemain boleh menunjukkan persembahan yang lebih baik pada hari pertama perlawanan. Dengan Kedah kita bermain dengan baik di sana jadi mungkin hari ini tidak sehebat seperti firstlead.Mungkin ada sedikit keletihan tapi saya rasa dengan Selangor kita akan cuba tunjukkan prestasi yang baik "

Beliau ditemui dalam sidang media Perlawanan TM PialaMalaysia Super 2022 Pusingan 16 di antara pasukan NSFC dan KDA FC di Stadium Tuanku Abdul Raman, Paroi.

Media Baharu