fb fb fb fb fb

Liga Juara-Juara: Spurs mara ke pusingan kalah mati selepas juarai kumpulan D

(FOTO AFP)

(Foto AFP)

MARSEILLE , 2 November- Jaringan lewat permainan Pierre-Emile Hojbjerg, sudah cukup bagi memastikan pasukan Tottenham Hotspur menewaskan pasukan Marseille 2-1 dan mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah malam tadi.

Terdahulu dalam perlawanan yang berlangsung di Stade Veledrom, Marseille terlebih dahulu membuka jaringan melalui Chancel Mbemba sebelum rehat separuh masa pertama.

Tottenham Hotspur kembali menyamakan kedudukan selepas rehat melalui Clement Lenglet pada minit ke -54 sebelum Pierre-Emile Hojbjerg muncul wira pada minit-minit akhir perlawananan bagi memastikan pasukan yang terkenal dengan gelaran 'Spurs' memenangi perlawanan dan seterusnya menjuarai saingan kumpulan D dengan 11 mata.


(Foto AFP)

Sementara itu, dalam kumpulan yang sama, kelab Eintracht Frankfurt berjaya menewaskan Sporting Lisbon 2-1 bagi layak ke pusingan seterusnya.

Kemenangan Eintracht Frankfurt menutup harapan pasukan Sporting Lisbon dan Marseille.

Untuk rekod, kali terakhir spurs layak ke pusingan 16 kalah mati adalah pada musim 2019 di bawah kendalian Mauricio Pochettino.-AFP

Media Baharu