fb fb fb fb fb

Melaka United umum hala tuju kelab dalam masa terdekat

(Foto Melaka United Football Club)

MELAKA, 2 November- Melaka United FC akan mengumumkan hala tuju kelab tersebut dalam masa terdekat selepas tidak dapat bersaing pada Liga Super 2023 apabila rayuan untuk memohon lesen kebangsaan ditolak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Justin Lim berkata situasi berkenaan akan menjejaskan lagi masa depan kelab bola sepak Melaka kerana tidak mempunyai punca pendapatan, jika tidak beraksi di Liga Malaysia.

Beliau berkata ia juga akan memberi impak kepada masa depan pekerja dan pegawai pasukan.


(Melaka United FC akan mengumumkan hala tuju kelab tersebut dalam masa terdekat)

“Apatah lagi buat masa ini, terdapat pelabur-pelabur dan kesatria putih yang berminat untuk membeli Melaka United FC bagi menyelamatkan kelab bola sepak Melaka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata rayuan Sarawak United FC dan Melaka United FC ditolak Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB), selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2022 dalam satu mesyuarat sebelum ini.

Stuart berkata ia sekali gus menyaksikan keputusan dilakukan oleh First Instance Body (FIB) pada 12 Okt lepas, kekal.

Sebelum ini, Pengerusi Pelesenan Kelab MFL FIB Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata Melaka United gagal mengemukakan bukti pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai sehingga Jun dan Ogos tahun ini.- BERNAMA

Media Baharu