fb fb fb fb fb

Piala Liga Inggeris: Manchester dihimpit krisis kecederaan

(FOTO AFP)

LONDON, 31 Januari-Manchester United terus dilanda masalah kecederaan menjelang aksi timbal balik menentang Nottingham Forest di Old Trafford awal pagi Khamis ini.

Terbaharu, pemain tengahnya, Christian Eriksen dijangka terpaksa direhatkan untuk pertemuan itu.

Kelab berkenaan mendedahkan, Eriksen mungkin tidak sempat pulih akibat kecederaan pergelangan kaki yang dialami ketika saingan pusingan keempat Piala FA berdepan Reading baru-baru ini.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada separuh akhir kedua Piala Liga bagi mencari tempat ke final di Wembley bulan depan.

Skuad The Red Devils akan turun dengan memiliki kelebihan 3-0 daripada aksi pertama.

Eriksen ialah pemain penting skuad kendalian Erik Ten Hag sejak menyertai United pada musim panas lalu.

Sebelum ini, Ten Hag sudah kehilangan khidmat Diogo Dalot dan Anthony Martial selain tahap kecergasan Scott McTominay dan Luke Shaw yang masih belum di tahap terbaik.-AFP


(Pengurus Manchester United, Erik ten Hag/FOTO AFP)

Media Baharu