fb fb fb fb fb

Piala Itali: Martinez bantu Inter kekalkan kejuaraan

(FOTO AFP)

ROME, 25 Mei-Dua jaringan Lautaro Martinez berjaya membantu Inter Milan menewaskan Fiorentina 2-1 bagi menjuarai Piala Itali pada Rabu.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadio Olimpico, Fiorentina mengejutkan Inter dengan gol pendahuluan pada minit ke-3 perlawanan separuh masa pertama.

Martinez kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-29 sebelum menjaringkan gol kemanangan pada minit ke-37.

"Saya gembira kerana memenanagi pelbagai trofi dalam tempoh dua tahun.

"Kami bermula dengan persembahan hambar pada 15 minit pertama perlawanan.Namun kami berjaya lakukan yang sepatutnya kami lakukan", kata Martinez kepada Mediaset.

Kejayaan menjuarai Piala Itali itu meletakkan Inter sebaris dengan pasukan AS Roma yang telah memenangi Piala itu sembilan kali.

Sementara itu, juara enam kali Piala Itali itu yang dikecewakan Inter masih lagi berpeluang menamatkan musim ini dengan kejayaan cemerlang dengan mara ke final Piala Liga Konferensi Europa yang bakal berlangsung Jun depan.

Pada perlawanan itu nanti, Fiorentina bakal bertemu kelab Inggeris, West Ham.

Jurulatih Fiorentina, Vicenzo Italiano berkata pasukannya perlu bersedia da fokus kepada aksi final itu.

"Kami perlu berehat bagi perlawanan tersebut.

"Kami perlu mencuba untuk membawa pulang piala berkenaan ke Itali", kata Vicenzo.-AFP


(Penyerang Inter, Lautaro Martinez/FOTO AFP)

Media Baharu