fb fb fb fb fb

Liga Super: TFC menang tipis

(FOTO www.facebook.com/footballclubterengganu)

KUALA TERENGGANU, 25 Mei-Terengganu FC (TFC)berjaya menewaskan Penang FC 1-0 di halaman sendiri.

Pada aksi yang dilangsungkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam menyaksikan kedua-dua pasukan buntu bagi mencari jaringan.

TFC dilihat lebih mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, penyerang gantian, Engku Nur Shakir yang dimasukkan oleh Ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbrucker berjaya menjaringkan gol kemenangan skuad Sang Penyu pada minit ke-74 selepas mendapat lorongan bola daripada Sony Norde.

TFC terus menggandakan asakan pada babak kedua ke kubu skuad Pulau Mutiara, namun kecekapan penjaga gawang, Azfar Arif berjaya menyelamatkan pasukannya daripada mengalami jumlah bolos yang lebih besar.

Ketua Jurulatih TFC, Tomislav Steinbrucker ternyata berpuas hati dengan persembahan pemain-pemain muda pasukan itu yang bermain dengan baik pada perlawanan berkenaan.

"Engku Nur Shakir bermain dengan baik. Saya memasukkan pemain muda dalam perlawanan ini kerana kami memerlukan kudrat pemain-pemain muda.

"Kesemua pemain muda ini perlu diberi peluang beraksi", katanya yang ditemui pemberita selepas perlawanan.

Kemenangan ke atas Penang FC membolehkan skuad Penyu melonjak ke kedudukan ketujuh carta liga super, manakala Penang FC di kedudukan kesembilan liga.

TFC dijadualkan bakal bertemu Perak FC pada 3 Jun nanti, sementara Penang Fc menanti kunjungan JDT di Stadium Bandaraya.


(FOTO www.facebook.com/footballclubterengganu)

Media Baharu