fb fb fb fb fb

Piala Gabenor Melaka, titik permulaan kebangkitan bola sepak Melaka

(FOTO FB Sulaiman Md Ali)

MELAKA, 26 Januari- Kejohanan Piala Gabenor Melaka bakal menjadi titik permulaan kepada misi mengembalikan semula kegemilangan sukan bola sepak di negeri itu selepas pasukan Melaka disahkan tidak beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, kejohanan itu juga dilihat sebagai persiapan buat pemain yang dipilih dalam pasukan yang akan beraksi di Liga Divisyen Tiga (Liga M3) nanti.

“Saya bersyukur dengan ada Piala Gabenor ini, kita ada 12 pemain Melaka yang mewakili M3, ini adalah satu pentadbiran sukan yang berbeza kerana kita nak pemain-pemain bola sepak ini datang dari Melaka sendiri. Ini titik permulaannya dan masing-masing ada peluang dalam Piala Gabenor ini kita dapat memilih setiap pemain daripada setiap pasukan yang terbaik," katanya.

Sasaran pihaknya kini adalah memastikan pemain yang dipilih mampu menunjukkan prestasi terbaik dalam Liga M3, sekaligus melayakkan pasukan Melaka FC ke saingan Liga Super.

Tambahnya, senarai pemain, jurulatih dan penaja pasukan Melaka FC dijangka diumum pada 9 Februari depan.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Kejohanan Piala Gabenor Melaka di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, Melaka.


(Presiden MAFA, Datuk Nur Azmi Ahmad)

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, V.P Shanmugam.

Dalam kejohanan itu, Pasukan MBMB Warriors FC muncul juara selepas menewaskan Tampoi FC, sekaligus membawa pulang hadiah berjumlah RM8,000, medal dan piala pusingan yang disampaikan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam. 

Media Baharu