fb fb fb fb fb

Piala Liga Inggeris: Rashford bantu Manchester United menang ke atas Forest

(FOTO AFP)

NOTTINGHAM, 26 Januari-Penyerang England, Marcus Rashford menjaringkan gol menakjubkan menerusi larian solo ketika membantu Manchester United menewaskan Nottingham Forest 3-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris, awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan United membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik kedua di Old Trafford, Khamis depan.

Rashford yang sebelum ini menyinar dalam kempen Piala Dunia tahun lalu, meledak gol ke 18 musim ini pada minit keenam, sekali gus mendiamkan penyokong tuan rumah di City Ground.

Pemain pinjaman, Wout Weghorst kemudian menggandakan kelebihan pada hujung babak pertama sebelum Bruno Fernandes melengkapkan kejayaan The Red Devils pada lewat permainan.

Skuad kendalian Erik ten Hag yang selesa dengan bekalan selesa 3 gol menjadi pilihan untuk mara ke final di Wembley, sekali gus menamatkan kemarau trofi mereka selama 6 tahun.

Lawan yang bakal dihadapi mereka nanti adalah pemenang satu lagi separuh akhir di antara Newcastle United dan Southampton-AFP


(Pemain Manchester United, Marcus Rashford cuba mengatasi pemain Nottingham Forest
/FOTO AFP)

Media Baharu