fb fb fb fb fb

Piala Raja Sepanyol: Jaringan Dembele bawa Barcelona ke separuh akhir

(FOTO AFP)

BARCELONA, 26 Januari-Jaringan tunggal bintang Piala Dunia Perancis, Ousmane Dembele membantu Barcelona menewaskan Real Sociedad sekaligus membawa pasukan tersebut mara ke separuh akhir Piala Raja Sepanyol semalam.

Gol pada minit ke-54 di babak kedua sudah cukup buat Barcelona merakam kemenangan ke-31 dalam semua kejohanan ketika menentang Real Sociedad yang terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Brais Mendez diperintahkan keluar padang pada minit akhir babak pertama.

Barcelona yang membuat permulaan cemerlang tahun ini dengan memenangi Piala Super Sepanyol selain menjadi peneraju Liga Sepanyol, tiga mata mengatasi Real Madrid meneruskan momentum kemenangan pada kejohanan ini.

Real Sociedad yang turun tanpa perancang veteran, David Silva dan Mikel Merino akibat kecederaan dilihat bergelut untuk memenangi perlawanan.

Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez sebelum ini dilaporkan mempertahankan Dembele ketika mengambil alih Nou Camp pada 2021 berkata pemain tersebut mampu menjadi pemain sayap terbaik dunia sekiranya bekerja keras.

" Perkara paling penting adalah mempunyai mentaliti untuk berbuat sesuatu yang berbeza di Barcelona", ujar Xavi kepada wartawan pada Rabu.

"Buat saya, Dembele masih lagi salah seorang pemain sayap terbaik dunia. Saya gembira dengan pretasi yang ditunjukkannya.

"Dembele membuktikan sebaliknya dan ia bukan sesuatu yang mudah di Barcelona", tambah Xavi.

Sementara itu, Osasuna terpaksa menunggu sehingga masa tambahan bagi mara ke separuh kejohanan dengan kemenangan 2-1 ke atas Sevilla.

Kejayaan Osasuna mara ke separuh akhir mengulangi pencapaian terbaik mereka pada 2005 apabila bergelar naib juara setelah tewas kepada Real Betis.

Perlawanan suku akhir seterusnya bakal menyaksikan Real Madrid bakal melayani kunjungan Atletico Madrid, manakala Athletic Club bakal bertandang ke Valencia.-AFP

 


(Pemain sayap Barcelona, Ousmane Dembele menerima ucapan tahniah daripada
rakan sepasukan/FOTO AFP)

Media Baharu