fb fb fb fb fb

Gol pertama Wout Weghorst penting-Erik ten Hag

(FOTO AFP)

NOTTINGHAM, 26 Januari-Pengurus Manchester United, Erik ten Hag gembira dengan prestasi ditunjukkan oleh penyerang baharu Wout Weghorst yang berjaya menjaringkan gol pertamanya buat pasukan itu ketika menentang Nottingham Forest pada separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris.

Weghorst menunjukkan kualitinya sebagai penyerang selepas menyambar bola muntah susulan rembatan Anthony sebelum tamat babak pertama.

"Gol tersebut penting bagi memberi keyakinan buat dirinya", ujar ten Hag.

"Dia melakukan tugas yang baik ketika bertemu Crystal Palace dan Arsenal", tambah pengurus yang berasal dari Belanda itu.

Sementara itu, pengendali Nottingham Forest, Steve Cooper pula kecewa dengan kelemahan pasukannya yang melepaskan gol ketiga Manchester United pada saat-saat akhir perlawanan yang menyebabkan peluang pasukan itu semakin kelam menjelang perlawanan timbal balik kedua di Old Trafford minggu depan.

"Kami tidak ingin terlalu memikirkan keputusan malam ini. Hadapi kekecewaan merupakan jalan untuk berjaya", ujar Copper.

Pada perlawanan yang diadakan di Stadium City Ground semalam, Manchester United menewaskan Nottingham Forest 3-0.-bbc.com


(penyerang Manchester United, Wut Weghorst bersama Bruno Fernandez usai perlawanan
menentang Nottingham Forest/FOTO AFP)

Media Baharu