fb fb fb fb fb

Piala FA: Skuad Sang Kenari dalam momentum terbaik, untuk berdepan JDT - Nafuzi

Foto Fail

ALOR SETAR, 14 Julai- Kemenangan Kedah Darulaman (KDA FC) ke atas Kelantan Darul Naim (KDN FC) dalam Liga Super meningkatkan motivasi pemain sebelum berdepan juara bertahan, Johor Darul Takzim (JDT) minggu depan.

Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain berkata keserasian serta persefahaman antara pemain seperti yang dipamerkan harus dikekalkan sekiranya KDA FC mahu mendapat keputusan yang positif menentang JDT dalam aksi separuh akhir Piala FA nanti.

Jelasnya, kemenangan ke atas skuad Kijang Emas serta beberapa pertembungan sebelum ini dapat meningkatkan moral dan keyakinan.

"Saya rasa ia kemenangan yang begitu penting dan amat berharga. Ini kerana kita kena perlu untuk teruskan momentum dalam mengejar kelompok atas pasukan Liga Super."

"Kita kena menang di tempat sendiri dan juga persediaan dari segi moral dan keyakinan untuk perlawanan seterusnya," kata Nafuzi kepada pemberita pada Sabtu selepas tamat perlawanan, di sini.

Bagaimanapun, Nafuzi berkata terdapat beberapa kelemahan ketara dalam pasukannya terutama pada bahagian pertahanan dan serangan yang perlu diperbaiki dan diperkemas.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM