fb fb fb fb fb

Piala FA: MFL serah lebihan tiket kepada JDT

(FOTO MFL)

KUALA LUMPUR, 18 Julai -Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerima semula sebahagian tiket perlawanan akhir Piala FA yang berkemungkinan tidak habis dijual oleh Kuala Lumpur (KL) City FC.

Badan pengelola Liga Malaysia itu menjelaskan tiket yang diserahkan semula oleh KL City itu akan dijual kepada penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT).

Ini seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan menerusi hebahan media dikeluarkan MFL sebelum ini.

Bagaimanapun jelas MFL, penyokong KL City masih boleh membeli tiket aksi final itu yang masih ada diperuntukkan buat mereka.

Pertemuan final Piala FA akan berlangsung sabtu ini di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

MFL membahagikan tiket mengikut lima kategori bermula daripada harga RM50 hingga RM200.


(FOTO MFL)

Media Baharu