fb fb fb fb fb

Piala FA: Hodak, Steincruckner kawan jadi lawan malam ini

KUALA TERENGGANU, 25 Jun - Naib juara Piala FA edisi 2022, Terengganu FC (TFC) dilihat memiliki kelebihan tersendiri untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri bagi perlawanan penentuan antara Sang Penyu dan The City Boys ke pusingan akhir Piala FA pada malam ini.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner optimis menjangkakan kehadiran seramai 30,000 penyokong ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini akan memberi motivasi terbaik buat pasukannya untuk menebus kekecewaan musim lalu yang dinafikan oleh Johor Darul Ta'zim (JDT).

Jelasnya lagi, pada perlawanan separuh akhir bertemu KL City FC ini sememangnya memberikan cabaran yang tersendiri buat dirinya memandangkan mempunyai hubungan yang baik lebih 25 tahun bersama pengendali KL City FC, Bojan Hodak yang juga merupakan rakan senegaranya dari Croatia.

Walaupun demikian, misi untuk mara ke penentuan akhir Piala FA 2023 tetap menjadi misi buat setiap pasukan yang akan berentap nanti.

"Satu perlawanan yang bukan mudah buat kami yang mana mereka mempunyai ramai pemain yang berkualiti namun saya tetap mempercayai kemampuan pasukan saya.

“(Pengendali KL City) Bojan Hodak yang juga rakan senegara dan bekas rakan sepasukan saya dalam Liga Singapura 1999 pasti bukan lawan mudah untuk kami ulangi pencapaian musim lalu.

“Beliau adalah kawan baik di luar padang, namun untuk malam ini, dianggap lawan. Kami masing-masing ingin membawa pasukan ke perlawanan akhir,” katanya.

Media Baharu