fb fb fb fb fb

Piala FA, City berpeluang ganggu fokus Arsenal

FOTO AFP

LONDON, 27 Januari- Manchester City berpeluang mengganggu momentum hebat pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal menjelang aksi Piala FA Inggeris awal pagi esok di Etihad.

City ketika ini masih mengejar rapat dengan lima mata di belakang Arsenal yang kurang satu perlawanan liga.

Namun, juara bertahan itu masih belum bertemu The Gunners dalam dua aksi EPL sekali gus menjadikan aksi Piala FA ini sebagai 'sajian pembuka selera' sebelum 'hidangan utama' buat peminat bola sepak England.

Arsenal dalam prestasi terbaik musim ini, termasuk kemenangan ke atas Tottenham dan Manchester United pada aksi terakhir.

Manakala City pula masih terus memberi tekanan dengan mencatat kejayaan ke atas Spurs dan Wolves.

Keputusan awal pagi esok juga bakal menjadi petunjuk utama buat kedua-dua pasukan tentang siapa yang lebih kental untuk bergelar juara musim ini.


(FOTO AFP)

Media Baharu