fb fb fb fb fb

Piala Emas CONCACAF: Mexico rangkul kejuaraan kali kesembilan

(FOTO AFP)

LOS ANGELES, 17 Julai - Jaringan minit akhir oleh Santiago Gimenez sudah memadai buat Mexico menewaskan Panama sekali gus menjuarai Piala Emas CONCACAF buat kali kesembilan.

Pada perlawanan yang berlangsung SoFi Stadium itu, pasukan Mexico dilihat mendominasi permainan dengan 14 percubaan di separuh masa pertama namun gagal menjaringkan sebarang gol.

Bersambung ke babak kedua, Mexico melancarkan serangan bertali arus namun kekebalan benteng pertahanan Panama menafikan jaringan buat Mexico.

Menyedari ketumpulan jentera serangan, pengurus sementara Mexico, Jaime Lozano memasukkan penyerang Santiago Gimenez bagi memburu gol.

Hasilnya pada minit ke-88, Gimenez berjaya meloloskan diri daripada kepungan pertahanan Panama sebelum melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol, Orlando Mosquera.

Keputusan perlawanan berakhir 1-0. Kemenangan tersebut menjadikan Mexico kini pemenang terbanyak Piala Emas COCANCAF sebanyak sembilan kali mengatasi Amerika Syarikat sebanyak tujuh kali.-AFP


(Pemain Mexico, Santiago Gimenez meraikan gol tunggal ketika menentang Panama
/FOTO AFP)

Media Baharu