fb fb fb fb fb

Liga Super Perlis 2023, 14 pasukan berentap rebut kejuaraan

KANGAR, 17 Julai- Sebanyak 14 pasukan bakal berentap bagi merebut kejuaraan Liga Super Perlis 2023 yang akan membuka tirai, 21 Julai ini.

Penganjuran Liga Super Perlis bagi mencungkil bakat muda, sekali gus mengembalikan semula kegemilangan pasukan bola sepak Perlis.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata sebanyak RM150,000 diperuntukkan bagi penganjuran Liga Super Perlis musim ini dan yakin bakat-bakat baharu bola sepak negeri akan dapat digilap dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Seterusnya memperkuatkan pasukan Perlis untuk bersaing dalam Liga Bola Sepak negara.

"Selepas ini, kita akan dapat kembali memperkuatkan pasukan negeri Perlis, seperti mana yang kita tahu pasukan yang sedia ada pun sudah berada di satu antara pasukan yang saya rasa boleh kita bangga, ada di pertengahan liga," katanya.

(Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli)

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Pelancaran Liga Super Perlis 2023, di sini.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyokong usaha yang dilaksanakan Kerajaan Negeri menerusi penganjuran liga seumpama itu yang membuka ruang kepada pemain muda mempamerkan bakat masing-masing.

Ini dinyatakan Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

"Kita tahu Perlis satu masa dahulu memang banyak bintang-bintang dari Perlis. Jadi saya ingat itu juga memberi satu dorongan kepada Perlis untuk melahirkan pemain-pemain mereka.

"Walaupun bukan untuk negeri, mungkin pemain ini boleh diimport, dieksport keluar...ke negeri lain untuk digunakan dan akhirnya membantu negara kepada pasukan nasional," katanya.

(Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi)

FAM telah lama mewujudkan liga-liga berstatus amatur dalam menggalakan penglibatan golongan muda untuk bersaing di peringkat profesional.

Media Baharu