MUNICH, 17 Julai - Presiden Kehormat kelab Bayern Munich, Uli Hoeness menyuarakan keyakinannya bahawa kelab gergasi Jerman itu akan mengikat penyerang antarabangsa England, Harry Kane musim ini.
Kelab Jerman itu dilapor menawarkan tawaran sebanyak £ 70 juta bagi mendapatkan Kane.
Khamis lalu, Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy bertemu para pegawai Bayern Munich berbincang tentang kemungkinan bagi menjual penyerang berkenaan.
Hoeness turut menyatakan kelab tersebut turut mengadakan perbincangan dengan penasihat penyerang itu.
"Kane telah memberi isyarat berkaitan keputusannya. Sekiranya dia mengambil keputusan untuk kekal, kami akan cuba dapatkannya.
"Dia (kane) ingin bermain di Eropah dan kami bernasib baik kerana Tottenham tidak layak bermain di sana. Peluangnya untuk bermain dengan kelab-kelab terkemuka Eropah terbuka luas", kata Hoeness kepada Sport1.
Hoeness turut menjangkakan perbincangan bersama abang dan bapa Kane yang juga ejennya adalah sangat positif.
Kane yang bakal tamat kontrak bersama Tottenham pada Jun 2024 telah menjaringkan 30 gol buat pasukan itu musim lalu.
Minggu lalu, Pengurus baharu Tottenham, Ange Postecoglou berkata dia akan membentangkan visinya buat kelab berkenaan kepada Kane dalam usaha menafikan minat Bayern Munich kepada penyerang itu-bbc.com
(Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane/FB fabrizioromanoherewego)