fb fb fb fb fb

Piala Emas CONCACAF: Hatrik Diaz bawa Panama ke separuh akhir

(FOTO AFP)

MIAMI, 9 Julai - Penyerang Panama, Ismael Diaz mencetak hatrik bagi membawa Panama melangkah ke separuh akhir pada kejohanan Piala Emas CONCACAF selepas menewaskan Qatar 4-0 semalam.

Pada perlawanan tersebut, skuad 'TheCanalmen mendahului perlawanan pada minit ke-19 selepas Edgar Barcenas menanduk masuk hantaran di sebelah kiri oleh Eric Davis.

Pasukan Qatar yang juga Juara Asia dilihat tempang setelah kehilangan enam pemain utama akibat penggantungan kad kuning ternyata bukan tandingan skuad Panama apabila sekali lagi menambah gol kedua menerusi Diaz pada minit ke-56 yang merembat bola melepasi jangkauan penjaga gol Qatar.

Diaz terus menjadi pemusnah buat pasukan Qatar apabila menjaringkan gol ketiga Panama sekali gus gol kedua peribadinya pada minit ke-63 apabila menyempurnakan gol selepas rembatan Carrasquilla ditampan oleh pertahanan Qatar.

Diaz menyempurnakan hatrik pada minit ke-65 dengan gol keempat Panama hasil lorongan cantik oleh Jose Fajardo.

Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat permainan.

Panama bakal bertemu pemenang di antara Amerika Syarikat dan Kanada pada satu lagi perlawanan suku akhir yang bakal berlangsung esok.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu