fb fb fb fb fb

JDT julang trofi Piala Sumbangsih kali ke-10

Foto BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 8 Ogos- Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan langkah kanan pada pembukaan musim Liga Super 2025/2026, apabila menjulang trofi Piala Sumbangsih selepas menundukan Selangor, 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Harimau Selatan mula menunjukkan taring apabila penyerang baharu, Jairo Da Silva hanya mengambil masa seminit untuk membuka tirai jaringan.

Pasukan Selangor cuba bangkit menerusi beberapa gerakan berbahaya, namun percubaan Chrigor Moraes dinafikan oleh kecekapan Syihan Hazmi di gawang tuan rumah.

Memasuki babak kedua, JDT menambah gol menerusi tandukan deras Eddy Israfilov pada minit ke-64, sebelum Arif Aiman melengkapkan malam gemilang dengan jaringan ketiga sembilan minit kemudian.

Kemenangan itu menobatkan JDT selaku juara Piala Sumbangsih buat kali ke-10, sekali gus membuktikan dominasi mereka dalam bola sepak tanah air masih belum tergugat.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello