BARCELONA, 8 Ogos- Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski mengalami kecederaan hamstring dan mungkin terlepas permulaan musim La Liga.
Skuad Catalan dalam kenyataan mengumumkan, pemain berusia 36 tahun itu tidak akan diturunkan untuk perlawanan persahabatan menentang Como, Ahad ini.
Ia sekali gus menimbulkan keraguan mengenai penglibatannya untuk perlawanan pembukaan La Liga, Barcelona menentang Mallorca pada 16 Ogos.
Barca bagaimanapun tidak menyatakan tempoh sebenar penyerang Poland itu tidak boleh beraksi.
Lewandowski telah menjaringkan 42 gol dalam 52 penampilan untuk semua pertandingan musim lalu, membantu pasukan Hansi Flick merangkul trofi La Liga, Copa del Rey dan Piala Super Sepayol. -AFP