SHAH ALAM, 8 Ogos- Cadangan menambah tiga acara baharu pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 di Selangor, kini dalam penelitian Jawatankuasa Tertinggi SUKMA.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri, Mohd Najwan Halimi berkata, antara acara yang sedang dipertimbangkan ialah petanque, muaythai dan silambam.
Cadangan itu dibuat susulan penelitian terhadap permohonan serta rayuan persatuan sukan di peringkat negeri dan kebangsaan.
Bagaimanapun, keputusan muktamad hanya akan dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, selewat-lewatnya 15 Ogos ini.
Beliau menyatakannya dalam sidang media khas di bilik Gerakan MTES, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.