fb fb fb fb fb

PSG sambar penjaga gol Lille, Chevalier

Foto AFP

PARIS, 8 Ogos- Juara Eropah, Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Lille untuk menandatangani penjaga gol berprestasi tinggi, Lucas Chevalier.

Menurut sumber rapat, Chevalier, 23, akan menandatangani kontrak lima tahun dengan bayaran sekitar 40 juta euro ($46.5 juta).

Dia dicalonkan anugerah Trofi Yashin lelaki tahun ini untuk penjaga gol terbaik di gala Ballon d'Or selepas persembahan luar biasa dalam Ligue 1 dan Liga Juara Eropah, musim lalu.

Ia menyaksikan Lille menduduki tempat kelima dalam Ligue 1 seterusnya layak ke Liga Europa.

Sementara itu, langkah PSG itu menimbulkan persoalan mengenai masa depan penjaga gol antarabangsa Itali, Gianluigi Donnarumma di kelab berkenaan.

Donnarumma, yang cemerlang semasa PSG membelasah Inter Milan 5-0 dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah pada Mei lalu, kini berada di tahun terakhir kontraknya.

Dia berkemungkinan menarik minat kelab Liga Perdana Inggeris. -AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello