OHIO, 9 Ogos – Bekas pemain nombor tujuh dunia, Danielle Collins terkandas pada pusingan pertama Cincinnati Open (Terbuka Cincinnati) selepas tewas kepada rakan senegara, Taylor Townsend, manakala juara 2022, Caroline Garcia dari Perancis berjaya mara selepas bangkit daripada ketinggalan satu set.
Taylor Townsend / Foto AFP
Collins, naib juara Terbuka Australia 2022, tunduk 4-6, 6-7(2) kepada Townsend yang kini bakal berdepan pilihan ke-13 dari Rusia, Liudmila Samsonova, di pusingan 64 terakhir.
Dalam aksi berasingan, Garcia memastikan slot ke pusingan seterusnya selepas menewaskan wakil Great Britain, Sonay Kartal 5-7, 6-4, 6-3.
Pemain pilihan ke-11 itu akan bertemu Karolina Muchova dari Republik Czech pada perlawanan berikutnya. -REUTERS