GEORGE TOWN, 9 Julai - Penang FC menumpaskan Kelantan FC 4-3 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Bandaraya, malam tadi.
Pada perlawanan itu, pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan sulung minit ke-11 hasil ledakan penyerangnya, Muhammad Harith Akif Mohd. Shahar.
Tidak menunggu lama, Penang FC berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma pemain sayap tengah, Muhammad Hadin Azman minit ke-19.
Muhammad Hadin sekali lagi berjaya menambah jaringan kedua pasukan pada minit ke-30.
Penang FC terus menambah jaringan ketiga menerusi pemain pertahanannya, Rafael Vitor pada minit ke-41.
Menghampiri minit terakhir masa pertama, Kelantan FC berjaya menjaringkan gol kedua hasil rembatan pemain tengahnya dari Indonesia, Natanael Siringo pada minit ke-48.
Memasuki babak kedua, pasukan kendalian Angel Alfredo Vera dilihat enggan menyerah kalah apabila menambah lagi jaringan menerusi Muhammad Harith Akif, minit ke-46.
Bagaimanapun, memasuki minit terkahir perlawanan, Penang FC berjaya menghasilkan jaringan pada minit ke-84 hasil sepakan penyerang, Muhammad Alif Ikmalrizal
Kedudukan 4-3 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Penang FC kini berada di kedudukan ke sembilan dengan 19 mata, manakala Kelantan FC pula berada di kedudukan tercorot liga dengan mengumpul empat mata.
Selepas ini, Penang FC dijadual akan bertemu dengan Selangor FC manakala Kelantan FC pula dijadualkan bakal bertemu juara bertahan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) pada Jumaat ini.