fb fb fb fb fb

Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Malaysia dapat laluan mudah

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 26 April - Malaysia memperoleh laluan mudah untuk menempah slot ke final Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung pada 18 hingga 26 Mei ini.

Pada majlis undian rasmi di ibu negara semalam, Malaysia selaku tuan rumah diundi dalam kumpulan selamat bagi ketiga-tiga kategori premier iaitu acara berpasukan, regu dan double.

Dalam saingan berpasukan yang merupakan acara tumpuan, skuad negara diundi dalam Kumpulan C bersama Jepun dan Brunei.

Malaysia hanya perlu sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan untuk layak ke suku akhir.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan berkata pasukan negara mampu ke final selepas diundi dalam kumpulan mudah.

"Untuk pasukan negara kalau saya tengok tadi itu Insya-Allah boleh lepas beberapa peringkat saya tak nak ulas lebih lanjut tapi harapan saya dan juga peminat di negara ini dan sudah tentu kita boleh pergi ke final sebab kita tuan rumah.

Dalam kategori regu pula, Malaysia sekali lagi mendapat laluan mudah apabila diundi bersama China dan Brunei dalam Kumpulan B.

Dalam pada itu, ketua jurulatih sepaktakraw kebangsaan, Ahmad Jais Baharun yakin, situasi ini akan mencerahkan peluang Malaysia untuk mara hingga ke final.

"Itu bukan satu tugas mudah, jadi kita akan fokus setiap perlawanan demi perlawanan apa yang disasarkan pihak persatuan kita akan cuba buat yang terbaik bagi melayakkan diri terlebih dahulu ke peringkat seterusnya di peringkat suku akhir dan juga di peringkat final,Insya-Allah

Malaysia pernah muncul naib juara sebanyak tiga kali dalam acara regu iaitu di Korea Selatan 2022, Kuala Lumpur 2011 dan India 2017.

Manakala saingan Double pula, menyaksikan skuad kebangsaan berada dalam Kumpulan A bersama Jepun dan Brunei.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD