KUALA LUMPUR, 26 April - Pengarah Two Wheels Motor Racing, Ron Hogg yang juga promoter perlumbaan optimis pelumba negara berupaya mendominasi saingan Kejuaraan Asia Road Racing,ARRC musim ini.
Ia susulan prestasi cemerlang dipamerkan anak tempatan selepas dua pusingan perlumbaan berlangsung.
"Kita lihat kelas 1000 menjadi rancak terutamanya dengan kehadiran Hafiz. Buat makluman, kita ade empat penunggang terbaik negara iaitu Hafiz, Azlan Zaqhwan dan Kasma yang berlumba di kelas itu", ujar Hogg
Selepas dua pusingan ARRC, pelumba negara, Azlan Shah Kamaruddin menghuni kedudukan kedua kelas ASB 1000 dengan 52 mata.
Sementara, pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin di tangga ketiga dengan perbezaan tujuh mata.
Dalam perkembangan lain, Ron Hogg menyifatkan kejuaraan ARRC itu mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menarik perhatian pelumba bertaraf antarabangsa.
"Kejuaraan ARRC adalah antara terbaik di dunia.Regulasi kami berbeza dari world superbike daripada sudut perlumbaan yang banyak. ARRC merupakan antara kategori yang tertinggi di dunia.Jadi,sesiapa yang yang berminat untuk beraksi ARRC merupakan pertandingan yang terbaik", katanya di sini.
Pusingan ke-3 ARRC akan berlangsung di Mobility Resort Motegi, Jepun pada 7 hingga 9 Jun.