fb fb fb fb fb

Slot idam ke Liverpool

Pengurus Feyenoord, Arne Slot dilaporkan berminat mengisi kekosongan di Liverpool / Foto REUTERS

ROTTERDAM,26 April - Pengurus Feyenoord, Arne Slot dilaporkan mahu menggantikan Jurgen Klopp sebagai Pengurus Liverpool musim depan.

Pengurus Belanda itu turut berharap kelabnya, Feyenoord dapat menyelesaikan perbincangan dengan Liverpool berhubung masa depannya.

Pada Rabu, media Belanda melaporkan Liverpool telah memulakan rundingan dengan juara Eredivisie berkenaan bagi mendapatkan khidmat pengurus berusia 45 tahun tersebut yang masih mempunyai kontrak bersama Feyenoord sehingga 2026.

"Apa yang boleh saya katakan, kedua-dua kelab kini dalam rundingan. Saya hanya perlu menunggu dan menantikan keputusan hasil rundingan", ujar Slot kepada ESPN.

"Secara asasnya, saya ingin ke Liverpool. Kini, saya sedang menantikan keputusan rundingan, sama ada kedua-duanya mencapai persetujuan atau tidak.

Musim lalu Slot dikaitkan akan ke Tottenham Hotspur, namun mengambil keputusan untuk kekal di Feyenoord.

Selaku pengurus, Slot dikagumi kerana falsafah dan taktikal permainan yang menampilkan inovatif dan corak menyerang yang berjaya membawa Fayenoord menjuarai liga Belanda musim lalu dan paling terbaharu, menjuarai Piala KNVB, Ahad lalu.

Januari lalu, Klopp mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengurus Liverpool pada penghujung musim ini selepas sembilan tahun mengemudikan kelab berkenaan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD