fb fb fb fb fb

Piala Dunia Kelab: Gol lewat Onisiwo benam Pachuca

Foto REUTERS

CINCINNATI, 19 Jun – Tandukan pemain gantian Karim Onisiwo memastikan kemenangan dramatik 2-1 RB Salzburg ke atas kelab Mexico, Pachuca, dalam aksi Kumpulan H Piala Dunia Kelab FIFA yang berlangsung lewat malam Rabu di Stadium TQL.

Salzburg terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan melengkung dari luar kotak penalti oleh Oscar Gloukh pada minit ke-42.

Separuh masa kedua perlawanan bagaimanapun tergendala selama 90 minit akibat ribut petir yang melanda kawasan stadium.

Selepas permainan disambung, Pachuca menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma menerusi Bryan Gonzalez pada minit ke-56.

Namun, Salzburg memastikan kemenangan mutlak apabila Onisiwo menanduk masuk gol kemenangan 20 minit kemudian, memanfaatkan hantaran lintang.

Kemenangan itu meletakkan Salzburg di tangga teratas Kumpulan H selepas perlawanan terdahulu menyaksikan Real Madrid diikat 1-1 oleh Al-Hilal di Miami Gardens.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD