JEDDAH, 20 Disember-Manchester City mara ke final selepas mudah menewaskan kelab Jepun, Urawa Red 3-0 pada separuh akhir Kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA.
Pada Pertembungan di Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah menyaksikan, City menguasai hampir 74 peratus perlawanan meskipun tanpa khidmat penyerang utama, Erling Haaland.
Gol pertama skuad kendalian Pep Guardiola hanya hadir pada penghujung babak pertama menerusi gol sendiri pemain pertahanan Urawa, Marius Hoibraten yang tertampan bola ke dalam gawang sendiri.
Pemain tengah, Mateo Kovacic menjadikan kedudukan 2-0 buat City pada minit ke-52 untuk meletakkan pasukan terus selesa memimpin perlawanan.
Belum sempat Urawa mengatur rentak memburu gol penyamaan, City hadir dengan gol ketiga pada minit ke-59 yang disudahkan pemain kebangsaan Portugal, Bernardo Silva.
keputusan 3-0 kekal hingga tamat perlawanan.
City bakal berdepan kelab Brazil, Fluminense pada aksi final yang akan berlangsung pada 23 Disember ini di gelanggang sama.
Trofi kejuaraan musim lalu dimenangi Real Madrid yang menewaskan Al-Hilal 5-3.
Sementara itu, Manchester City didenda 120,000 Pound selepas didapati bersalah oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris selepas mengepung pengadil, Simon Hopper perlawanan ketika seri 3-3 menentang Tottenham awal bulan lalu.
Pemain City dilihat bertindak sedemikian selepas keputusan Hooper menghentikan permainan untuk memberikan tuan rumah sepakan percuma.
Haaland kemudian melakukan hantaran jauh dan tepat kepada Jack Grealish tetapi pengadil meniup wiselnya sekali gus menghentikan serangan City.
Situasi itu mencetuskan kemarahan pemain City terutamanya penjaring terbanyak mereka, Haaland.
FA England kini mendenda City selepas kelab itu mengakui pemain mereka berkelakuan tidak sepatutnya