LONDON, 20 Disember- Nottingham Forest mengesahkan telah memecat pengurus, Steve Copper pada Selasa ekoran kekalahan kali kelima yang dialami pasukan berkenaan setelah tumpas di tangan Tottenham Hotspur 2-0.
Nottingham Forest kini berada di tangga ke-17 mengumpul 14 mata dengan mencatatkan tiga kemenangan sehingga kini.
Kedudukan pasukan tersebut ibarat 'telur di hujung tanduk' iaitu lima mata daripada zon penyingkiran.
Pasukan tersebut juga hanya memperolehi satu mata daripada enam perlawanan termasuk ketika tewas 5-0 di tangan Fulham.
"Steve Copper tidak lagi menjalankan tugasnya sebagai ketua jurulatih Nottingham Forest selepas lebih dua tahun mngemudikan pasukan", kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.
"Kami di Nottingham Forest ingin mengucapkan terima kasih kepada Steve atas sumbangan hebatnya kepada kelab," kata pemilik Evangelos Marinakis.
"Pencapaiannya membantu kelab kembali pada sainganLiga Perdana Inggeris akan diingati sebagai sesuatu ikonik dalam sejarah kelab", tambah Marinakis.
Copper merupakan pengurus kedua Liga Perdana Inggeris yang dipecat musim ini selepas pasukan yang baru dinaikkan liga, Sheffield United memecat pengurusnya, Paul Heckingbottom awal bulan ini.
Copper menyertai Nottingham Forest pada September 2021 dengan perjanjian selama dua tahun berjaya membantu Nottingham Forest layak ke Liga Perdana Inggeris setelah menduduki tangga keempat Liga kejuaraan.
Bekas pengurus Wolverhampton Wanderers dan Tottenham, Nuno Espirito Santo dijangka menggantikan Copper sebagai pengurus baharu kelab menurut laporan media Inggeris.-REUTERS