fb fb fb fb fb

Neymar mungkin terlepas aksi Copa Amerika- Doktor pasukan Brazil

Bintang Brazil, Neymar terbaring kesakitan akibat cedera semasa perlawanan menentang Uruguay pada November lalu/FOTO REUTERS

RIO DE JANEIRO, 20 Disember-Penyerang Brazil, Neymar dijangka tidak sempat sembuh daripada pembedahan kakinya menjelang Copa Amerika tahun depan, kata doktor pasukan, Rodrigo Lasmar.

Penjaring terbanyak Brazil itu yang menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada kaki kiri ketika tugasan antarabangsa pada Oktober lalu.

Lasmar, yang mengetuai pembedahan tersebut berkata pemain berusia 31 tahun itu dijangka tidak cergas sehingga Ogos dan pasukan perubatan tersebut tidak ingin mengambil risiko dalam proses pemulihan dan membenarkan Neymar beraksi pada kejohanan berkenaan.

"Masih terlalu awal bagi memperkatakan peluangnya bermain.

"Kami menjangkakan bahawa dia akan bersedia untuk kembali pada permulaan musim 2024 di Eropah, iaitu pada Ogos", kata Lasmar kepada stesen radio Brazil, Radio 98 FM.

Neymar menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal pada Ogos tetapi bekas penyerang Barcelona dan Paris St Germain itu hanya bermain lima perlawanan selepas bergelut dengan kecederaan otot.

Brazil telah diundi dalam Kumpulan D kejohanan Copa America bersama Colombia, Paraguay dan kelayakan CONCACAF.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD