KUALA TERENGGANU, 20 Disember-Kapten pasukan Terengganu FC (TFC), Habib Haroon sah tidak bersama kelab itu bagi mengharungi cabaran liga musim depan.
Selepas dua musim mengemudi jentera tengah TFC, pemain kelahiran Bahrain itu mengakui beliau memilih untuk beralih angin ke kelab lain bagi menimba lebih pengalaman dan peluang di tempat baharu.
Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu belum bersedia mendedahkan hala tujunya musim depan memandangkan kontraknya bersama skuad Penyu belum tamat sehingga hujung tahun ini.
Habib yang telah bersama TFC pada 2021 adalah antara watak penting membawa skuad Penyu ke pentas akhir Piala FA pada 2022 dan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.
Selain itu beliau turut membantu TFC layak ke Piala AFC 2023.