fb fb fb fb fb

Arif Aiman lanjut kontrak bersama JDT

FOTO FB johorsoutherntigers.com.my

JOHOR BAHRU, 20 Disember- Pemain sensasi tempatan, Arif Aiman Mohd Hanapi melanjutkan kontrak bersama kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).

Perkara itu disahkan kelab itu menerusi laman Facebook rasmi pasukan berkenaan.

Bagaimanapun tempoh lanjutan kontrak pemain berusia 21 tahun itu tidak didedahkan.

Arif Aiman menikmati musim 2023 penuh gemilang dengan rekod 24 jaringan dan 19 bantuan gol.

Beliau turut menyinar di pentas Liga Juara-Juara Asia dengan menjaringkan tiga gol dalam enam penampilan serta dua bantuan jaringan.

Pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai pada 2021 dan 2022 itu melakukan debut dengan skuad senior pada Mac 2020.

Arif Aiman menyertai Akademi JDT pada 2018 sebelum diberi kepercayaan bersama pasukan JDT IV hingga ke skuad senior.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD