MADRID, 19 Disember- Kelab La Liga, Girona terus mencatatkan kejutan selepas menang 3-0 ke atas Alaves pada Isnin.
Girona yang masih segar dengan kemenangan 4-2 ke atas Barcelona dilihat mendominasi perlawanan.
Penyerang Ukraine, Artem Dovbyk menjadi wira Girona selepas berjaya menyumat dua gol pada perlawanan berkenaan.
Dovbyk membuka jaringan seawal minit ke-23 selepas merembat masuk bola yang ditampan oleh penjaga gol Alaves.
Girona terus menggandakan kelebihan dengan gol kedua sebelum rehat menerusi jaringan Portu.
Bersambung separuh masa kedua, Girona terus menekan pertahanan Alaves menerusi gerakan di sebelah kanan yang dijana oleh pemain pertahanan Girona berusia 21 tahun, Yan Couto.
Gol ketiga Girona hadir pada minit ke-59 menerusi Dovbyk yang menyempurnakan sepakan penalti selepas Couto dijatuhkan pertahanan Alaves.
Kemenangan itu meletakkan Girona di tangga teratas La Liga dengan 44 mata, dua mata mengatasi Real Madrid.-REUTERS