fb fb fb fb fb

Piala Dunia Kelab FIFA 2025 bermula, upacara pembukaan gilang-gemilang

FOTO REUTERS

FLORIDA, 15 Jun- Dentuman enjin jet tentera, pancaran cahaya megawatt dan kibaran 32 bendera kelab terbaik dunia menandakan bermulanya era baharu bola sepak kelab antarabangsa, apabila kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA 2025 membuka tirainya awal pagi tadi di Stadium Hard Rock dengan pertembungan sulung Al Ahly menentang Inter Miami.

Upacara pembukaan diserikan dengan persembahan multimedia, pancaran cahaya LED berskala mega serta penerbangan lintas hormat pesawat Air Force Reserve milik Tentera Udara Amerika Syarikat, seiring tayangan lencana kesemua kelab yang bertanding dalam logo gergasi FIFA.

Upacara turut diserikan dengan persembahan bertenaga hasil kerjasama pengarah penghibur bertaraf Grammy.

Perlawanan pembuka tirai menyaksikan kelab Mesir, Al Ahly turun menentang wakil tuan rumah Inter Miami yang diterajui Lionel Messi di hadapan ribuan penyokong yang membanjiri stadium.- REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE