fb fb fb fb fb

PSG teruja kembali beraksi di Piala Dunia Kelab

PSG/AFP

LOS ANGELES 15 Jun- Bintang Paris Saint-Germain, Vitinha mengakui bahawa kembali beraksi di Piala Dunia Kelab sejurus selepas memenangi Liga Juara-Juara adalah tidak mudah tetapi menegaskan bahawa pasukan dari Perancis itu teruja untuk mengambil bahagian dalam pertandingan baharu FIFA berkenaan.

“Terdapat banyak pertandingan dan perjalanan tanpa henti, jadi ia bukan mudah untuk kami,

Tetapi kami cuba mengimbanginya dengan kegembiraan dan keterujaan kami tentang bermain dalam pertandingan baharu, di negara baharu, dan dapat menemui perkara baharu.

Sungguh luar biasa berada di sini di Amerika Syarikat. Kami cuba melawan keletihan selepas musim yang kami lalui." kata pemain tengah Portugal itu kepada pemberita di luar sesi latihan PSG di University of California, Irvine di luar Los Angeles.

PSG menentang Atletico Madrid di Rose Bowl di Pasadena pada hari Ahad dalam perlawanan pembukaan mereka di kejohanan itu, sebelum turut bertemu Botafogo dari Brazil dan Seattle Sounders dalam Kumpulan B.

Hanya dua minggu sejak mereka memenangi Liga Juara Eropah buat kali pertama dengan membelasah Inter Milan 5-0 pada perlawanan akhir di Munich.

Mereka telah bermain hampir 60 perlawanan musim ini, di mana mereka juga memenangi liga Perancis.

Jurulatih Luis Enrique kini berharap pemainnya berjaya mara ke akhir Piala Kelab Dunia di New York pada 13 Julai dan memenangi satu lagi kejuaraan untuk melengkapkan kempen yang meletihkan tetapi luar biasa.

“Dari segi memenangi trofi, memperbaiki apa yang telah kami lakukan musim ini adalah mustahil.

Tetapi masih ada Piala Dunia Kelab untuk dimainkan. Ia pertandingan yang indah, kami yakin, dan cita-cita kami adalah untuk memenanginya." ” jelas Enrique. - AFP.

Trainee