fb fb fb fb fb

Piala Dunia Kelab: City benam Al Ain, tempah slot 16 terbaik

Foto REUTERS

ATLANTA, 23 Jun-Manchester City mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab selepas membelasah kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al Ain 6-0 dalam perlawanan Kumpulan G di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta, pada Ahad.

City mendahului seawal minit ke-9 apabila hantaran Gundogan ke arah Haaland melambung masuk ke gawang.

Al Ain hampir menyamakan kedudukan selepas Nico Gonzalez kehilangan bola, namun percubaan Nassim Chadli berjaya ditepis Stefan Ortega.

Echeverri menggandakan kelebihan dengan sepakan percuma cantik yang menewaskan Khalid Eisa.

City terus mengasak dan Haaland menambah jaringan menerusi penalti pada masa kecederaan babak pertama selepas Manuel Akanji dijatuhkan pertahanan Al-Ain.

Pada babak kedua, Gundogan sekali lagi menambah gol buat City bagi menjadikan kedudukan 4-0.

Oscar Bobb menjaringkan gol kelima sebelum Rayan Cherki meledak gol keenam City menerusi rembatan dari luar kotak iaitu gol pertamanya sejak berpindah dari Lyon.

City akan bertemu Juventus di Orlando pada Khamis dalam perlawanan penentuan juara kumpulan. -REUTERS.

 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD