CALIFORNIA, 20 Jun-Kelab Brazil, Botafogo mencipta kejutan selepas menewaskan Juara Liga Eropah, Paris Saint Germain (PSG) 1-0 dalam perlawanan kumpulan B Piala Dunia Kelab di Rose Bowl, Pasadena pada Khamis.
Gol kemenangan Botafogo dihasilkan oleh Igor Jesus pada minit ke‑36 menerusi rembatan yang menewaskan penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma.
Meskipun, PSG dilihat menguasai perlawanan, namun Botafogo berjaya mempertahankan kedudukan sehingga wisel penamat dibunyikan.
Usaha PSG bagi menyamakan kedudukan turut gagal walaupun pada satu ketika berjaya menjaringkan gol pada minit ke-79.
Namun, gol berkenaan dibatalkan kerana 'offside'.
Kemenangan ini meletakkan Botafogo di kedudukan teratas Kumpulan B dengan enam mata hasil kemenangan daripada dua perlawanan.
Kemenangan itu juga turut mencerahkan harapan wakil Brazil itu untuk layak secara automatik ke peringkat 16 terbaik.-REUTERS.