fb fb fb fb fb

Herry Iman fokus pulih kecergasan skuad beregu lelaki negara

Ketua jurulatih skuad beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 20 Jun- Ketua jurulatih skuad beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, bakal memberi tumpuan penuh kepada aspek pemulihan fizikal pemain.

Ia selepas skuad berkenaan melalui siri kejohanan padat termasuk di terbuka Indonesia baru-baru ini.

Beliau menegaskan bahawa fasa pemulihan itu amat penting dalam memastikan pemain kembali berada pada tahap terbaik, khususnya menjelang kejohanan bertaraf Super 750 dan Super 1000 yang menanti dalam kalendar antarabangsa.

“Saya sebagai jurulatih siapkan pemain semaksimum mungkin.

"Hasilnya nanti kita tunggu, tapi saya rasa lebih yakin dan optimis dengan hasil yang baik,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di sini.

Dalam masa sama, Herry mengakui tekanan ke atas skuad beregu negara semakin tinggi susulan kejayaan dan peningkatan beregu lelaki khususnya Aaron Chia-Soh Woi Yik serta Man Wei Chong-Tee Kai Wun di beberapa kejohanan.

Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik sokongan daripada pihak pengurusan termasuk melalui inisiatif Road to Gold (RTG), yang disifatkan mampu membantu memperkukuh lagi persiapan pemain dan pasukan secara menyeluruh.

Skuad beregu lelaki dijadual menyertai beberapa kejohanan utama dalam masa terdekat, termasuk Kejohanan Dunia, yang menjadi antara sasaran terpenting tahun ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD