fb fb fb fb fb

Piala Asia: Skuad memanah compound wanita raih emas

Foto Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM)

SINGAPURA, 20 Jun-Skuad memanah compound wanita melakar sejarah apabila memenangi emas di Kejohanan Piala Asia 2025 selepas menewaskan India.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Bukit Gombak, Singapura pagi tadi, skuad negara bangkit menewaskan India menerusi penentuan shoot-off selepas terikat 232-232 dalam empat pusingan.

Trio negara yang dibarisi oleh Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Saritha Cham Nong dan Ng Sui Kim berjaya mengumpul 29 mata, berbanding India hanya 26 mata.

Terdahulu, skuad negara menewaskan Bangladesh 224-221 pada separuh akhir pada Khamis.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD