ROM, 20 Jun-Bekas penolong pengurus jurulatih Arsenal, Carlos Cuesta dilantik sebagai pengurus baharu Parma.
Pelantikan itu sekali gus menjadikannya sebagai antara pengurus termuda dalam saingan Liga utama Eropah.
Cuesta 29, menggantikan Cristian Chivu, yang hanya sempat mengemudi Parma selama empat bulan selepas berhijrah ke Inter Milan.
Cuesta akan mula bertugas secara rasmi pada 1 Julai 2025, selepas menandatangani kontrak sehingga Jun 2027, dengan pilihan lanjutan setahun.
Di Arsenal, Cuesta menjadi 'orang kanan' Arteta dan dikenali kerana latihan teknikal bersasar serta analisis video individu untuk meningkatkan aspek taktikal dan mental para pemain.-REUTERS.