fb fb fb fb fb

Piala Dunia: Kapten pasukan Eropah tidak pakai lilitan 'One Love'

(Contoh lilitan 'One Love' yang dipakai oleh ketua pasukan/IHSAN FIFA)

DOHA, 21 November- England, Jerman dan lima pasukan Eropah lain yang beraksi di Piala Dunia Qatar tidak akan memakai lilitan bertemakan pelangi 'One Love' bagi menyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LBGT).

Ia berikutan amaran tindakan disiplin daripada FIFA yang dikeluarkan persekutuan bola sepak itu.

“FIFA menegaskan bakal mengenakan tindakan termasuk menggantung mana-mana ketua pasukan yang memakai lilitan lengan di padang permainan,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Di bawah peraturan FIFA, pemain yang memakai kit yang tidak dibenarkan oleh badan induk dunia bola sepak boleh dilayangkan kad kuning.

Jika pemain itu kemudian dilayangkan kad kuning kedua, mereka akan dibuang padang.

rekaan lilitan lengan khas untuk dipakai oleh ketua pasukabn England, Harry Kane dan kapten Jerman, Manuel Neuer, direka sebagai sebahagian daripada kempen yang didakwa untuk menggalakkan keterangkuman.

(Bola rasmi Piala Dunia Qatar 2022/IHSAN FIFA)

Tali lengan telah dilihat secara meluas sebagai protes terhadap undang-undang di negara tuan rumah Qatar, di mana homoseksual tidak dibenarkan.

"Sebagai persekutuan kebangsaan, kami tidak boleh meletakkan pemain kami dalam kedudukan di mana mereka boleh menghadapi sekatan atau digantung jadi kami telah meminta kapten supaya tidak memakai lilitan lengan dalam perlawanan Piala Dunia FIFA," menurut kenyataan persekutuan sukan England, Wales. , Belgium, Denmark, Jerman, Belanda dan Switzerland.-AFP

Media Baharu