fb fb fb fb fb

Perselisihan Ronaldo-Man Utd tidak jejas skuad kebangsaan Portugal

(Ihsan FIFA)

DOHA, 21 November- Cristiano Ronaldo memberi jaminan bahawa perselisihannya dengan Manchester United tidak akan menjejaskan prestasi pasukan Portugal dalam kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar.

"Saya tidak ragu bahawa episod baru-baru ini, wawancara itu, dan episod lain dengan pemain lain yang kadang-kadang berlaku, kadang-kadang boleh menggoncang pemain tetapi tidak akan menggegarkan pasukan," kata Ronaldo dalam sidang media di kem Portugal di sini.

Bintang berusia 37 tahun itu dalam temu bual dengan wartawan Britain, Piers Morgan minggu lalu mendakwa dia dikhianati kelabnya dan Pengurus United, Erik ten Hag.

Walaupun menjadi penjaring terbanyak Manchester United musim lalu, dia hanya menjadi pemain gantian musim ini.

Ronaldo diketepikan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea yang berkesudahan seri 1-1 selepas enggan masuk sebagai pemain gantian menentang Tottenham bulan lalu.

Pemenang Ballon d'Or lima kali itu kekal sebagai peneraju pasukan kebangsaan Portugal walaupun bergelut di peringkat kelab dan berharap akan terus bermain hingga berusia 40 tahun. -AFP


 (Cristiano Ronaldo memberi jaminan bahawa perselisihannya dengan Manchester United
tidak akan menjejaskan prestasi pasukan Portugal dalam kejohanan Piala Dunia 2022/Ihsan FIFA)

 

Media Baharu