fb fb fb fb fb

Messi dijangka kemudi Argentina untuk atasi Arab Saudi

(Lionel Messi (kiri) dan pakar terapi fizikal Luis Garcia mengambil bahagian dalam sesi latihan
di Universiti Qatar di Doha/IHSAN FIFA)

DOHA, 21 November- Laluan permulaan Argentina nampak mudah bagi saingan kempen Piala Dunia, berdasarkan prestasi semasa selain rekod buruk Arab Saudi dalam perlawanan pembukaan.

Wakil Amerika Selatan itu tidak tewas dalam 36 perlawanan dan diperkuat dengan penjaring terbanyak mereka, Lionel Messi yang tampil dalam Piala Dunia buat kali kelima dan terakhir.

Messi masih memburu kejuaraan Piala Dunia bagi meletakkan dia sebaris dengan legenda, Diego Maradona.

Jurulatih, Lionel Scaloni berkata, pengurusan pasukan sedaya upaya cuba mengurangkan tekanan ke atas tonggak utama pasukan itu.

"Saya sentiasa melihat dia bersemangat untuk menikmati kancah Piala Dunia.

"Dia kelihatan gembira bersama rakan sepasukan, pada sesi latihan dan sepanjang proses bersama skuad kebangsaan." katanya.

Sementara itu, Arab Saudi berada 48 anak tangga di belakang Argentina dan tewas di tangan Venezuela, Colombia dan Croatia dalam beberapa siri aksi persahabatan.

Rekod mereka pada aksi pembukaan Piala Dunia juga buruk di mana mereka tewas 5-0 di tangan Rusia pada 2018 dan 8-0 di tangan Jerman pada 2002.

Bagaimanapun, mereka yang tampil buat kali keenam pada Piala Dunia mara ke pusingan 16 terbaik pada 1994 mengesahkan tiket ke Qatar dengan mengungguli kumpulan mereka di atas Jepun.

(Penyerang Argentina Lionel Messi mengambil bahagian dalam sesi latihan di Universiti QatarĀ /IHSAN FIFA)

"Saya lihat negara yang penuh dengan pemain muda dan berbakat. Kita berjaya mencapai sasaran pertama.

"Jadi kita perlu terus bekerja keras mencapai misi seterusnya," kata jurulatih Arab Saudi, Herve Renard. -REUTERS

Media Baharu