BASRA, 6 Jun – Pasukan Korea Selatan mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Iraq dalam aksi Kumpulan B kelayakan di Basra pada Khamis.
Jaringan Kim Jin-gyu dan Oh Hyeon-gyu di separuh masa kedua sudah cukup untuk menundukkan Iraq yang beraksi dengan 10 pemain.
Kemenangan itu bukan sahaja melayakkan skuad bimbingan Hong Myung-bo secara automatik, malah turut menjamin kemaraan Jordan ke pusingan seterusnya.
Dalam saingan Kumpulan A, Uzbekistan mencipta sejarah layak buat kali pertama ke pusingan akhir Piala Dunia selepas seri 0-0 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Keputusan itu memastikan pasukan Timur Kapadze menamatkan saingan di kedudukan dua teratas bersama Iran, yang sudah pun layak.
Sebelum itu, Jordan menewaskan Oman 3-0 hasil hatrik daripada Ali Olwan, namun perlu menunggu keputusan perlawanan Korea Selatan menentang Iraq untuk mengesahkan tempat ke Piala Dunia.-REUTERS.